Friday 7 October 2011

FORUM 1 KRB3033_PENGANTAR BM....... Kesalahan Penterjemahan (Gambar Google Image)

Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi yang digunapakai secara meluas di Malaysia. Ianya telah dijadikan sebagai Bahasa Kebangsaan negara dan seharusnya dapat dikuasai oleh semua warga penduduk di negara ini dengan baik. Penggunaannya telah diwajibkan di sekolah-sekolah dan di jabatan-jabatan kerajaan. Namun begitu penggunaan Bahasa Melayu sudah semakin tercemar dengan berbagai-bagai kesalahan terutama kesalahan ejaan, laras bahasa dan tatabahasa seperti ianya telah dapat diterima oleh segenap lapisan masyarakat tanpa ada rasa ingin memberikan teguran untuk membaikinya.   

                   

Perbezaan antara PEPERIKSAAN SEDANG DIJALANKAN dan PEPERIKSAAN SEDANG BERJALAN membawa maksud bahawa peperiksaan itu sendiri adalah sesuatu yang bernyawa dan sedang berjalan pada hal apa yang hendak disampaikan adalah bagi memperingati orang ramai tentang peperiksaan sedang dijalankan di tempat itu. Ini adalah salah satu contoh kesalahan pengunaan bahasa yang membawa maksud yang sangat berlainan dari apa yang hendak disampaikan. Kadang-kadang perkara ini berlaku juga di sekolah yang sepatutnya tidak berlaku. Bagi menyatakan maksud sesuatu peperiksaan sedang diadakan kita seharusnya menulis peperiksaan sedang dijalankan.
Begitu juga tentang papan iklan di atas yang memaklumkan bahawa terdapat satu jawatan kosong untuk jurujual yang telah salah dialih bahasakan dari perkataan Inggeris ‘Sales Girl Wanted’. Ini yang dinamakan ‘direct translation’ atau penterjemahan secara langsung ke dalam bahasa Melayu yang bermaksud ‘Penjual Gadis’. Iklan itu sebenarnya bermaksud syarikat memerlukan seorang wanita untuk dilantik sebagai jurujual. Oleh hal yang demikian, penggunaan laras bahasa dalam sesuatu ayat perlulah betul bagi menerangkan maksud dan kehendak sesuatu ayat atau yang digunakan pada papan iklan.
Bagi memartabatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, pihak kerajaan perlu mengambil tindakan yang tegas kepada mana-mana pengeluar dan penaja iklan agar ianya tidak dicemari oleh bahasa-bahasa rojak dan memalukan negara. Mereka perlu diberikan panduan serta kursus dalam etika penulisan bagi memberikan penghormatan yang tinggi kepada Bahasa Kebangsaan itu sendiri sebelum sesuatu lesen perniagaan pengiklanan diberikan. Pihak bertanggungjawab seperti Dewan Bahasa dan Pustaka perlu mengkaji, mengenal pasti serta menerbitkan ejaan-ejaan terkini dan menyebarkannya dengan maklumat yang tepat kepada masyarakat tentang protokol sebenar penggunaan bahasa Melayu. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SELESAIKAN....

SELESAIKAN.....